Saturday, December 20, 2008

PROSEDUR KUALITI TERKAWAL

  1. Semua prosedur kualiti yang telah dibangunkan di kawal oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  2. Semua sekolah telah dibekalkan Dokumen Kualiti dengan Nombor Kawalan masing-masing sebagai rujukan semasa melaksanakan perkhidmatan kepada pelanggan.
  3. Dokumen Kualiti berkenaan hanyak diedarkan kepada senarai edaran yang telah ditetapkan. Sebarang salinan kepada pihak ke 3 perlu kebenaran daripada Timbalan Pengarah PPWPP.
  4. Salinan Dokumen Kualiti dalam bentuk "soft copy" juga telah diedarkan untuk memberi kemudahan kepada pihak sekolah membuat edaran kepada semua guru.
  5. Sebarang pindaan TIDAK dibenarkan melainkan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan atasan.

Wakil Pengurusan

VISI & MISI PPWP

VISI
PEJABAT PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA UNGGUL 2012
MISI
1. Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan secara profesional,
efisien dan bertaraf dunia
2. Menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam semua urusan pentadbiran pejabat dan sekolah
3. Melaksanakan program dan aktiviti pengurusan latihan yang
terancang untuk melahirkan sumber manusia yang kompiten, cekap
dan berkesan.
4. Meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum,
sukan dan semua urusan pendidikan sehingga ke peringkat
antarabangsa.

PEMBUKA KATA

Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya telah memutuskan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah bagi semua sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Keputusan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di Putrajaya. Buat permulaan pelaksanaan SPKS ini tertumpu kepada Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran kerana ia merupakan fugsi utama sekolah (core busines).

Pelaksanaan SPKS ini bertujuan untuk memastikan semua guru mengamalkan sistem pengurusan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dan tersusun. Jika ini dapat dicapai, ia diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. SPKS tidak sahaja berfokus kepada menjana keputusan peperiksaan yang cemerlang sepanjang masa tetapi juga untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pelaksanaan SPKS ini akan bermula pada 1 Januari 2009. Pelbagai strategi telah dibuat bersama oleh semua Pengetua dan Guru Besar untuk memastikan program ini berjaya dicapai dan berkesan untuk meningkatkan prestasi semua pelajar di Putrajaya. Kami telah memberi tempoh 1 tahun sebagai percubaan. Dalam tempoh ini Pengetua dan Guru Besar akan melaksanakan perkara berikut:
1. Pendedahan kepada semua guru
2. Membuat latihan perkembangan staf untuk meningkatkan kompetensi guru
3. Membuat Audit Dalam secara terancang
4. Melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan dari semasa ke semasa
5. Melaksanakan Kajian Semula Pengurusan untuk membuat penambahbaikan berterusan
6. Membuat pindaan yang sesuai terhadap SPKS bagi mencapai dasar dan objektif kualiti

PPWP Putrajaya berharap Pengetua, Guru Besar dan semua guru yang terlibat akan dapat menjayakan program ini dan akhirnya akan mencapai matlamat yang ditetapkan.


WAKIL PENGURUSAN
PPWP Putrajay